Sunday 25 March 2012

Info Hari Polis Malaysia 2012

Assalamualaikum semua.

Sambutan Hari Polis ke-205 menjanjikan perkhidmatan lebih telus dan berintegriti sekali gus meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap seluruh warga polis.

Tema hari polis 2012 ‘Komuniti Sejahtera, Komitmen Kami’ dan maskot Hari Polis pula harimau biru dipilih sempena sambutan berkenaan dikatakan mampu meningkatkan tahap komitmen perkhidmatan diberikan seluruh warga PDRM. Ketua Polis Negara, penjenamaan diyakini mampu membetulkan persepsi masyarakat yang negatif kepada tahap keselamatan negara.

“Harimau biru menjadi lambang penjenamaan semula PDRM dalam meningkatkan lagi keyakinan rakyat terhadap pasukan itu dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Tan Sri Ismail Omar berkata pelbagai agenda dirangka pihaknya dalam meningkatkan kredibiliti dan menyedia kan tahap perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Kami sentiasa menggunakan pendekatan terbaik untuk bersama masyarakat selain meningkatkan keupayaan pegawai dan anggota bertugas dalam memelihara keselamatan Negara.

#Jom kita memberi ucapan penghargaan kepada Warga PDRM dan bekas-bekas anggota PDRM